Tuesday, December 29, 2009

Sek0lAh dA nak BUka..

hai sume....ayuh kembali ke sekolah..hehehe...erm..mesti tgh buzy kan nk beli barang nk msuk asrama..pa2 pown..taun baru.kene ade azam baru ar..ta boleyh maen2..result pmR 4 this year..wat semangat 4 next year taw..erm..bt la yg terbaek 4 taun 2011..tu pown klaw panjang umo ler..mintak2 sume pnjang umo erk..4 sape2 yg pindah,,,jgn lupe plak erk..jenguk2 lah maad selalu erk..kmi sentiasa menunggu ketibaan u all sumer..jgn malu2 taw...erm..next year..1 kelas jerk xclap..maklum la..anak tunggal..dr form 1 smpy form 3...1 kelas jerk kitaorg erk...bape bnyak erk lah..hehe..besa ar..erm...3 aribulan nih..pakat2 la serbu maad yer..nk daftar masuk..4 yg kene pegi awal tu..jgn nakal2..ikot peraturan taw...hehhehe....t kite jmpe leyn na..ta tawu na tulis pe..hehehe...pape pown..jmpe lg..bye2..

Saturday, December 26, 2009

Da daPat rESuLt......

sAlamuLLah sEmua...jUmpa lG kita afTer amEk rEsult nih...hEhE..cm nEr rEsult k0ranG.. 0k kEr k0??harP2..sEmua Ok..fIrstLy,,tahniAh 4 ALL sTudEnt 3 hAwa Sbb Da bT yg tErbaEk...n thEn...thAnks 4 aLL cikGu2..ustaz2..n uStazAh2..yG bnyaK bg tunjUk ajar Untuk kMi sEmua..xLupa jGAk bt Kak2 n aDik2 yG slalu mEmbAntU n sElalu tlG sEmak jAwapan laTihan kMi sEmua...eRm..n thEn..yg AgAk mEnyEdihkan..rAmai kEngkAwan yG tErpksa kUaq dr mAad..kmI dOakan Sem0Ga korang sumer bERjaya Di Dunia n Di AkhirAT,,,apEr2 p0wn..jgN lUpe kiTA orG kat mAad tAw..syG sumEr.....erm..klAw da frEE tu..mY ar jengUk2 kat maaD nOu,,,,jgN lupA kamI seMUA cUkup lAr...fOr inFormation About fOrm 4 2009.sElalu2 la bKK blOg nih Yer...inSYaAllah.we All TOgethER 4 eVEr,,,,
..

Friday, December 18, 2009

HA!!!! DAH NAK SAMPAI KEPUTUSAN PMR 2009!!!!

alamak.. bila tengok blog ke.. news paper ke.. mana2 pun cita psl nk kluaq kputusn priksa... rasa brdbar-dbar pulk... x blh bygkn dpt bapa priksa.. tp bila igt blik knangn duk ambik priksa.. rasa nk trglak pulk.. e-sah duk kt dlm dewan ngn t-rah wk2 2... psl e-sah org yg ke 80 n t-rah pulk ada mslh tknikl... masing2 mula rasa glabah bila nk jwb.. ya Allah.. wk2 2 lh nk sakit prut.. nk pning kpala.. trlupa la... mcm2 ada la.. sng kata.. tp wk2 yg paling syok skali.. wk2 BAK psl i2lh madah trakhir km bagi PMR.. siap dok tgk jam dok kira bapa lama lg... lps ja pngawas periksa 2 hbq kata masa dh tmt dh, trus hati ni rasa syok gila... tp sblm kluaq 2, km slm la ngn pngawas priksa.. pngawas 2 ciap trglk tgk kitorg mcm x sbq nk kluaq dr kls.. smpi2 ja kt kls km yg dh jd bilik stor 2, apa lagi hip2 horey la.. budk 3 Hawa.. Siap laung mrdeka lagi.. kih3x.. mmg lh knangn 2 x blh dlupakan spnjg 3 taon brsama.. sbb wk2 2lh km brjuang n brjihad dgn brsungguh2 utk mncapai kjayaan... apa2 pun, pd tnggal 24 Dis 09 ni, pkt2 la.. pi sek kul 10 pg coz wk2 2lh saatnya, masanya, dtiknya nk tau kpututsn stlh kita brjihad brsama2.... InsyaAllah.. pd taun ni, kita akn cuba cipta sej kita yg akn diingati sume.. Ya Allah, ssungguhnya aku sorg hamba yg lmah, kerdil, hina di sisi Mu , Ya Allah, maka engkau bn2lh hambaMu yg sntiasa mlakukn kmungkarn kpadaMu ini.. Ampunknlh dosaku dan aku mohon taubat nasuha d atas sgala dosa dan maksiat.. Ya Allah, aku x tahu apa yg patut ku lakukn utk mndptkn kjayaan ini dlm PMR ttp aku prcaya engkaulh tuhn yg maha pngasih dan pnyayg maka kurniaknlh kjayaan bg km dlm PMR ini... Aminnnn....

Sunday, December 6, 2009

9 Siti yg perlu dicontohi~

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Saturday, December 5, 2009

فذكر! إن الذكرى تنفع المؤمنين

Apa perkara yg ber”manfaat” drpd ber”couple” ? :

1) Seronok (dpt fitnah)

2) Seronok (dpt dosa)

3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) Dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) Byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) Byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7) Byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8 ) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak… )

10) Lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

Hasil drpd pengalaman/pemerhat ian/analisa/ kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber”couple” terjadi;

1) Byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber”couple” asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah. . pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung… so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) Sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyah an islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can”t be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata “tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le” . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan…

4) Bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) Ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa … lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng” ayat” awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat…

8) Haaa… ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng”ayat”/meng” tackle”, awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng”ayat”. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8… perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu “ayat” sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu…

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber”awek” disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati…

Alhamdulillah niat bagus… tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Numan bin Basyir ra : sabda Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya… ” (Mutfaqalaih)

Cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu…
Wallahualam…

salam mawaddah warrahmah~yg baik jadi tauladan...yang buruk jd sempadan..

Monday, November 30, 2009

PiKir2KAnLah~apa yg TErbaIk uNtUk kIta~

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???


adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....







mengenai percintaan sebelum nikah pula, ada seorg ilmuan barat pernah berkata..."how can i love a person whom i dont know?how can the person love me if he does not know me?" pernyataan itu sedikit sebanyak ada benarnya.. tapi apa yg sngt dikesalkan adalah hampir keseluruhan remaja mentafsirkan bhw "org yg nak bernikah mestilah berkenalan n bercinta dulu". sebagai akibtnya,mereka bergaul bebas sblm ape2 ikatan dgn alasan utk saling memahami,menyesuaikan diri sesama mereka demi keserasian hbgn mereka stlh berkahwin.bukankah ini sgt bercanggah dgn isyarat Allah dlm surah Al-Rum ayat 21?

seterusnya, syaitan akan pasang perangkap pada semua anggota tubuh bdn manusia dan bahkan Ia berjalan hilir mudik searah dgn peredaran darah manusia. menurut bisikan syaitan, terdapat beberapa cara utk meluahkan perasaan antara lawan jenis.mulai dgn hujung rambut ke hujung kaki..dgn demikian, ia mengajar bagaimana cara memikat melalui mata,suara,kecantikan,raut muka,cara berpakaian dan byk lagi..

renungkanlah..di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..

p/s untuk korang!!!
dengarilah sahabat..Allah memujuk~.."attoyyibat littoyibin"maksudnya..wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baikdan sebaliknya...telah tercatat seungkap nama lelaki d loh mahfuzuntukmu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh manaketinggian peribadimu.jika kauteguh d atas jln yg diredhai..insyaALLAH,si dia turut d jln yg sama...lupakanlah segala kgundahan,teguhkanlah diri pda cnta HAKIKI nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki...=)
pkirkan yg terbaik untuk diri kita keyh!!



~SAMA-SAMA KITA MENJAUHI ZINA~
wallahua'lam..


Tuesday, November 24, 2009

reNuNgaN seJenak~apa i2 ukhWah~

Jariku tidak lagi petah menutur
Kata pujangga
Kakiku tidak lagi mampu menapak
Arah juangku
Badanku longlai lemah tiada daya
Akalku kusam bersinar tidak
Jiwa ampuh sekali
Retak menanti kecai

Aku cuba sisir kembali semangat yang lerai
Terjerit terlolong sanubariku memanggil
Kobar yang semakin kabur
Dalam keramaian aku begitu sendiri
Senyum aku berukir pilu
Ketawa aku diulit duka
Mata hatiku mencari kelibat seorang teman
Nampaknya di kejauhan

Ah..jiwa tidak pantas melamar teman yang semakin berlalu pergi
aku meronta dalam diam
Ingin aku turutimu teman
aku tidak bisa sendiri dalam pentas dunia fana ini
aku tidak bisa sendiri melakonkan layar hidup
Segalanya kian malap
Tanpa teman di sisi
Ya rabbi

Aku kini sendiri berkelana di bumi-Mu
Meniup pepasir juang dalam keributan mehnah-Mu
Pasrah aku redha
Teman yang berlalu tidak pantas kembali ke sisi
Namun yang pasti
Rahmah-Mu, hidayah-Mu dan inayah-Mu
Begitu kental dalam diriku
Dan tidak bisa lokek walau sedikit
Dan pasti kan setia meneman jiwa
Dalam jalan juang menuju-Mu

Buat seorang teman
yang dulunya saya rindui
masih tersisakah kenangan
yang pernah kita patrikan bersama
lalu mengapa kau terus membisu
adakah lukamu masih berdarah

Adakalanya
senyuman yang terpaksa
tentu memahitkan
biar selumbar perih menusuk
takkan hati tergamak
menodai persabahatan suci
semata-mata kebahagiaan sendiri

Lantas saya calitkan luka
yang terus memisahkan kita
kerana kepahitan itu
menjadikan saya setabah ayub
yang mensyukuri di atas dugaan
yang meredhai di atas segala ketentuan...

moga persahabatan yg terjalin antara kita ini berkekalan buat selama-lamanya..okeyh~frenz 4 ever....khas buat tatapan sahabat2 3havva 09...ukhvvah fillah n never die...ok!result kite nanti biaq GEMPAK!!!baWu poWer kan??...huhuhuhu....kullukunna fil mardhatillah abada...insyaAllah...

(bedah-alia-amna-fatin lipah-m0on-tirah-ce'a-Wan-sal-y~da-ainaa-paah-ckin-meen-me'a-tikah-fifi-leha-fatin najWa-shud-ghah-Wahidah-hazirah-najWa-fariha-Wani-aishah-adah-lekka-faek)

time kat melaka...d-paradise

seindah perhiasan adalah vvanita solehah....~

Jika engkau BERBAKTI kepadanya, dia akan
MELINDUNGIMU
Jika engkau RAPATKAN PERSAHABATAN
dengannya,
dia akan MEMBALAS BAIK
PERSAHABATANmu
Jika engkau memerlukan PERTOLONGANnya,
dia akan MEMBANTUmu

Jika dia mendapat sesuatu KEBAIKAN
DARIPADAmu,
dia akan MENGHARGAI KEBAIKANmu
Jika dia melihat SESUATU yang TIDAK BAIK
DARIPADAmu,
dia akan MENUTUPnya
Jika engkau meminta sesuatu BANTUAN
DARIPADAnya,
dia akan MENGUSAHAKANnya
Jika engkau BERDIAM DIRI, dia akan
BERTANYA KESUSAHANmu
Jika engkau MERANCANG SESUATU, nescaya
dia akan MEMBANTUmu
Jika engkau BERSELISIH FAHAM dengannya,
nescaya dia LEBIH MENGALAH untuk
MENJAGA PERSAHABATANNYA
DENGANMU...

Monday, November 23, 2009

ciTe KiToraNg timE uJunG TaUn...

hai all...ermm...nak cite ape erk???huhuhu...ermmm...ntah lor,,ahakz~..xdela,,nak kongsi ar ckit ape yg kitorangat masa ujung taun nie..huhuhu..nak ta???jom!!!..ar...apa kitorang at ar???ermm...mcm2 ar...bnyk sgt aktiviti so..bnyk yg nak cite nie...masa org lain belajar,kitorang ada program...tp..hari2 program keceriaan jer...huhuhu...tp best o0o0...malas at keja balik dorm..tidoqqqqqq...kuang4...2 la kitorang...hehu...b4 nie,,kitorang ada at program kebudayaan utk f3 putera n puteri under rimup...huhuhu..best o..all of kitorang kena terlibat..ada nasyid n dikir barat...semua menang...hehehe..dah hadiah pon cukup2 ja...hua3..of coz la suma dapat...keh3..

nak tengok video dorang tak???mest nak kan...maklum la solo nasyid...huhuhu...nnt ana letakkan yer...hehe..continue our story...afta kitorang g laatan lak,,ada plak program...ta tak program per...kitorang g jalan2...g padang besaq beb!!..pegi nie of coz ar cmpur putera n puteri...huh!tenyen ..dah la naik bas pon cmpuq..tp nak at cmna kan..bas 1 g xmuat..terpaka la..ahhh!biaq la..b4 that,kitorang pegi melaat umah orang tua2 dulu..sempat jugak kitorang sembang2 ngn depa..n xterlepas jugak utk pelajar putera at persembahan..tp besa ja..hehehe..kurang menarik gak..tp boleh la..ngeh3..pas2 g plak kompleks kastam kat padang besaq...kat sana pon xdak apa sgt pon..hua2..ada penerangan sikit2 pasai kastam diraja malaysia nie..huH!!!boring giler...hehehehe..tp,,ok la utk sesapa yg minat nak jd kastam nie,,,yg len2 2 dapat la jgk add knoledge...huhu...

pa
s2 kitorang g plak jalan2 kat padang besaq...kat c2 xdak tempat len dah melainkan Arked Niaga utk shopping2 nie..ermm..apa lg..serbu!!!!haha..puas giler...lepas dah penat 2,naik la bas utk kitorang pulang ke almaad tercinta...hehu..agak meletihkan jugak yer..!!tp xpa..xkiso0o0oh...hua3..malam 2 plak ada malam 10001 kenangan..haha..ermm..segala anugerah telah diberikan pada malam 2..haha...kelas kitorang ada gak akil sorang...nak ta sapa???faekah lar!!!!atlet 3haa...hehehe...dapat anugerah akil arama ke AsAT peringkat kebangsaan beb!!!tahniah diucapkan..jadi ar ..ada gak la akil...hak3..bagus3..anak murid sapa??keh3..cikgu mashitah la...ermmm..sekian dulu erh at kali nie..nanti sambung len...bukan pa..penat taip la..he3..
kat
sini ada disertakan sedikit gambq utk tatapan semua..=)



lagu egois...mantap o0o..(tirah-ghah)


fifi~peace no vvar...kui3...


buat pro jap~hak3..padahai,tak tau pa..keh4..
(meen-lekka-hazirah-faekah)


keboringan..argghh!!apa mau buat...


projek keceriaan~huhu(lekka-hazirah)


dikir barat beb!!johan..tukang karut...
(fariha-tikah)


caya lar!!!huhu...(shud-leha-adah)

yg nih plak..video...klaw nk tgk..tgok ar,,,tp xla sehebat s0utul maad..



Friday, November 6, 2009

saksikan time G0toNg-roYong..

Ni pulak cite pasal RIMUP. Al kisah pada waktu siang 2, gurlz 3 Hawa pun keluar daripada ALMAAD untuk pi ke kampung belakang sekolah. Sampai jo kat sano, depa kenalah dibahagikan tugas untuk membersihkan rumah2 yang terpilih. Nak dijadikan cita , adalah sebuah rumah 2 , kawan2 yang kena bersihkan rumah 2 ceritalah rumah 2 terlalu sedih nak kata, depa kata dah teruk rumah 2. Kalau depa x mai, tak tau pa nak jadi.( Sumber ini diambil oleh Meen yang turut membersihkan rumah tersebut ). N then, of courselah lepas wt keja mstilah kena makan. so gurlz 3 hawa yang cekap masak ni tolonglah sediakan bahan. Nk dijadikan cite Meen dok potong bahan terluka jarinya. Selamat lah darah yang keluar jari dia tak masuk dalam makanan. Kalau dq, semua pakat jadi raja bersiung. Ps2, balik ja dari kampung 2, aspuri terus jadi sepi pasal depa sume pakat tidoq. Penat kot... tapi petang 2 dan main pulak. Haduih poning kopalo den.

Esok 2 pulak, ada pertandingan seni la macam majlis muhadharah. Puteri 3 Hawa ni ada wt 3 kumpulan . Satu kumpulan dikir barat, dua lagi kumpulan nasyid. Budak laki, 2 kumpulan. satu, kumpulan nasyid. satu lagi silat + taekwando. Nak cite pun tak tau sangat pasal tukg dok tengah tulis ni pi kem waktu 2. So cite ni dipetik lah daripada rakan2 3 Hawa yang selain daripada Wan, Wani, Moon n Amnah coz depa p kem so tak tau la pa cite. Yang banyak tau ni Lekka lah habaq n her frenz. Jadi, mengikut cita dia, yang johan bagi puteri ialah dikir barat. Caiyok dikir barat!!!! Nasyid menang tempat ke2 n ke3. Putera pulak, johan nasyid n of courselah yang k2 mestilah silat+ taekwando....Sebenaqnya gambaq n video ada kat Lekka so penulis ni x bolehlah nak add so nnti akn disambung kembali... insyaallah nanti akn dimasukkan dalam blog ini gambar2 tersebut.

So cam2lah cita pasal 3 Hawa dengan ragamnya. Insyaallah pada hari Isnin, 9 Nov ni kami akan melawat Melaka jadi tunggulah cite kami pada hari2 yang akan datang. WASALAMUALLAHIALAIKUM.









Bes giler BBQ!!!

alhamdulillah, nampaknya kita bertemu lagi. kali ni dengan kisah terbaru pasal 3 Hawa 2009. adalah al kisah kami buat BBQ untuk rai 3 Hawa. Kami jemput semua warden n guru2 kami. biaselah sporting....... BBQ 2 diadakan d dataran asrama lama merangkap surau aspuri, surau al mawardah pada 22 October 2009. Bes .................... BBQ 2 dbuat pada waktu malam. Romantik lah jugak makan bawah pokok ceri with gurlz 3 Hawa.

Antara makanan yang menjadi mangsa BBQ ialah ikan, bebola, sosej dan ayam. Yang pastinya tukg masaknya 3 Hawa lah pasal depa yang rancang. (padan muka :P). Walaupun waktu masak 2 ada yang rentung dek kami, ikan masuk bara, tapi cikgu2 n warden especially k ira pun mnjilat jari bila makan masakan kami. Besalah iron chef....... Walau macammanapun kami kelas 3 Hawa nak ucapkn time kasih banyak2 kt ayah C.Mashitah pasal tolong sponsor ikan, C.Mashitah coz tolong kami handle majlis 2, k. ira pasal tolong kami buat rempah atas bahan. sedap beb...... n x lupa wt cikgu2 n warden2 yang sudi mai kat majlis kami. Besalah kami ni honaq n hawaq jugak tapi........sikit jo kalau banding ngn kelas lain.......he3x:)). Harap2 majlis ni boleh wt lagi thn dpn n insyaallah klu ada gmbq nnt kami buh untuk tatapan semua. Ok habihlah cita BBQ ni. SO ASSALAMUALAIKUM................



niE sbElum nk bT BBQ...tgAH cUcuk2...repair nTUk mlm..


niE la 3hwa.apE yg pEntg..kEjE samE..



hehe..dan lg bErposing..

Monday, October 19, 2009

UCAPAN BLOGGER

Salamullahhialaikum,
Alhamdulillahi taala, akhirnya blog 3 Hawa berjaya diadakan untuk memenuhi permintaan pelajar kelas 3 Hawa bagi mengetahui perkembangan semasa tentang kelas kami. Blog ini akan berkonsepkan ceria dan santai yang sesuai dengan trend remaja di kelas kami. Selain itu, berita-berita hangat mengenai 3 Hawa akan dimuatkan dalam blog ini. So, bagi yang rasa cerita dia keluar dalam blog ini, jangan marah n jangan perasan popular coz all people around you want to know about us. Jadi cool and happy go lucky :)). Kepada semua pembaca terutamanya pelajar 3 Hawa, saya berharap anda semua dapat berhibur dengan blog ini.

Sekian daripada blogger 3 Hawa 2009.